Wednesday, September 19, 2012

PERSIAPAN HARI KETIGA

Salam semua!


Haaa.. hari ini kami bermati - matian, mujur xmati.. hihi.. kami menyiapkan barang - barang pameran.. aishh menitik2 peluh.. ceyyy... ;-).. pada hari ini kami juga membuat pemeriksaan terakhir berkaitan dengan persiapan pameran dari segi penghasilan produk, pemplet, borang maklum balas, poster dan kuiz untuk pengunjung.. Alhamdulillah,setelah membuat perbincangan, kami menambahbaik setiap hasil..

Fokus :
1. Berbincang cara penyampaian (berlatih lah konon - konon.. hehe)


let see our actions! ;-) 


meletakkan anak panah bagi keempat - empat ekosistem

Menampal haiwan dalam ekosistem kutub




Meletakkan penerangan aras trof

almost done!

haaa.. da nampak rupa poster kami


haaa... setelah lima jam bersusah payah, akhirnya kami berjaya menyiapkan kesemua produk kami tepat pada pukul 5.00pm! fuuuuhhhhh (^__^!!!)



----------------------SEKIAN, SUDAH TAMAT!------------------

Saturday, September 15, 2012

PERSIAPAN HARI KEDUA

Salam semua!


yeaayy berjumpa kembali.. kali ini kami membuat persiapan semasa kuliah.. habis tangan penuh dengan gam cik ain.. hehe.. alhamdulillah, hasil usaha keras saya, cik Sarah dan Cik Ain, piramid kami berjaya didirikan.. hehehehe..


Perancangan dan pembahagian tugas:

1. Merancang dan design untuk isi pemplet (Cik Sarah)
2. Menyediakan borang maklum balas (Cik Sakinah)
3. Perancangan kuiz+hadiah semasa pameran (Cik Ain)
4. Susunan maklumat di poster (together - gether)


meh tengok posing2 kami.. ^__^

Cik Sarah!

Cik Ain!

Cik Sakinah (sayaaa)

In action! hehe.. bertungkus lumus ok!

peewiiittt.. ;-)

here is our pyramid.. hihi

yahoooo! da cyapppp!

haaa ni laahh sebenarnya.. haha..


 Alhamdulillah, we will work together for success! 




----------------------SEKIAN TERIMA KASIH-------------------------







Tuesday, September 11, 2012

PERSIAPAN HARI PERTAMA

Salam semua!


haa.. ni masa hari pertama kami menghasilkan produk kami.. Setelah membuat perbincangan, kami menyediakan beberapa produk yang dapat membantu kami untuk memberikan kefahaman dan kesedaran kepada orang lain berkaitan dengan Tenaga dalam Biosfera. apa produk tu? rahsiaaaa.. nantikan post2 seterusnya dan tunggu pameran kami!!


Berikut adalah objektif utama yang digariskan oleh kami:

1. Memberi kefahaman kepada orang ramai berkaitan dengan tenaga dalam biosfera.

2. Memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan dengan kepentingan menjaga ekosistem. 




Gunting jangan tak gunting!


latar belakang!


Wat gapo pulok tu??


haaa.. ni lah piramid zaman Firaun tu.. hihi


Ada pintu ajaib u olllss..




----------------SEKIAN TERIMA KASIH---------------




Monday, September 3, 2012

aliran tenaga



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum semua.
 
Aliran tenaga yang berlaku dalam siratan makanan tasik boleh dijelaskan seperti berikut:

 i) Tenaga (haba) dari matahari diterima oleh tumbuhan hijau (keladi, teratai, lumut, alga). Tenaga kimia terhasil melalui proses fotosintesis yang dijalankan apabila tumbuhan menghasilkan glukosa iaitu makanannya. Matahari bertindak sebagai pembekal utama tenaga asas.

ii) Tenaga kimia yang disimpan dalam bentuk glukosa tadi seterusnya akan dipindahkan pula kepada hidupan zooplankton apabila hidupan tersebut memakan tumbuhan berkenaan. Pada aras trof ini, zooplankton (pelbagai hidupan seni) berperanan sebagai pengguna primer.

iii) Tenaga kimia dalam zooplankton (pengguna primer) ini pula berpindah kepada pengguna sekunder (ikan-ikan kecil dan cacing) apabila haiwan berkenaan memakan zooplankton tadi. Tenaga kimia yang dipindahkan ini digunakan untuk tumbesaran, bergerakan dan membiak.

iv) Seterusnya tenaga kimia yang disimpan di dalam pengguna sekunder pula akan dipindahkan / berpindah ke pengguna tertier (ikan-ikan yang lebih besar) apabila ikan-ikan ini memakan ikan-ikan kecil dan cacing/ ulat. Dalam konteks ini, sekali lagi tenaga kimia yang dipindahkan itu berfungsi untuk tumbesaran, bergerak dan membiak.

v) Akhirnya, tenaga kimia yang terdapat di dalam pengguna tertier akan berpindah / dialirkan kepada pengurai yang terdiri daripada bakteria, fungi dan protozoa apabila ianya menguraikan segala pengguna yang telah mati dan reput daripada tumbuhan dan haiwan yang terdiri daripada pengguna primer, sekunder dan tertier. Bahan organik yang reput ini akan menambahkan nutrien dalam tasik tersebut. Nutrien-nutrien tadi akan digunakan kembali oleh tumbuhan autotrof untuk tumbesaran. 

Kesimpulan - aliran dan perpindahan tenaga dari satu tingkat pengguna ke tingkat pengguna yang seterusnya hanya akan berlaku apabila berlakunya proses makan dan memakan serta penguraian dan pereputan oleh organisma pengurai.

Thursday, August 23, 2012

Ekosistem Tasik



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum semua.
Hari ini saya nak intro sikit berkaitan dengan ekosistem di Tasik. Saya memilih ekosistem ini kerana ianya dekat dengan kita (yela kita kan duduk dekat dengan Tasik Permaisuri)
dan juga termasuk dalam sukatan pelajaran Tahun 5 :)


Ekosistem tasik merupakan sebahagian daripada ekosistem air (ekosistem akuatik) yang tidak berarus yang turut dipanggil sebagai ekosistem Lentus. 

Ekosistem tasik mempunyai unsur atau komponen biotik (hidupan) dan abiotik (bukan hidupan) yang unik dan tersendiri.

Oleh kerana sebab air tasik adalah tenang dan tidak ada arus, maka hidupannya juga adalah agak berbeza dengan ekosistem akuatik yang berarus seperti sungai.

 Komponen abiotik (bukan hidupan) dalam sesebuah ekosistem tasik termasuklah cahaya matahari, air, udara, pelbagai jenis garam galian, dll.

Komponen biotik (hidupan) dalam sesebuah ekosistem tasik pula adalah seperti pokok keladi, teratai, lembayung , zooplankton, kumbang air, jentik-jentik, berudu, katak, pelbagai serangga dsb.

Ok nantikan post akan datang yang akan membincangkan tentang aliran tenaga dalam ekosistem tasik :)

Tuesday, August 21, 2012

Mari Kenal Biosfera

Salam semua!



haa.. kalau pening - pening nak faham apa itu biosfera.. tibe - tibe terjumpa.. hehe.. ni ada penerangan dalam bentuk grafik.. harap dapat membantu awak2 semua... ;-)




Wednesday, August 1, 2012

Sagmen Tahukah Anda

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum.

Tahukah anda yang wujudnya sejenis ikan yang menyerupai buaya??

Jeng jeng jeng.

Mari saya perkenalkan Alligator Garr (Atractosteus spatula) atau lebih dikenali dengan nama manjanya Ikan Buaya.


Ikan Buaya ini berasal dari kawasan perairan air tawar di Amerika Utara terutamanya di Gulf Coast, Lower Mississippi River Valley dan Mexico.

Apa yang menarik berkaitan ikan ini ialah ia merupakan salah satu spesis ikan dari zaman prasejarah!

Ikan buaya mempunyai ciri unik dimana ia mempunyai mulut yang menyerupai mulut buaya. 

Ikan buaya ni merupakan omnivor yang makan apa sahaja tetapi cara pemakanan ikan buaya ni lebih cenderung kepada buaya sebab ia akan memakan apa saja yang mengandung daging. 
Satu lagi keistimewaan ikan buaya ini ialah ia boleh hidup selama lebih kurang 2 jam di darat! Hebat kan.

Ok, sekarang ni apa significant nya ikan buaya ni dengan topik kita??

Well, kalau anda semua nak tahu, ikan buaya ni adalah sejenis ikan predator dan sekarang ni dah banyak wujud di kolam dan sungai sekitar Malaysia dan Indonesia.

Kebanyakan ikan-ikan ni sebenarnya dibela tapi disebabkan beberapa faktor seperti tak cukup ruang membela (sebab ikan ni besar sangat) dan tak larat bagi makan (yela, ikan besar mesti makan banyak kan)

Tengok betapa besarnya ikan ni!


Ikan predator ni akan mengganggu ekosistem kolam atau sungai di negara kita. Sebab ikan ni akan makan semua ikan dalam sungai, tak kira la ikan kecik atau besar.

 So, pengaliran tenaga akan terganggu! 

Dan ini akan mengakibatkan ekosistem sesuatu tempat terganggu dan mengakibatkan kepupusan spesis dan seterusnya habitat.