Monday, September 24, 2012

Ini pula hasil produk kedua kami \(*___*)/

Produk 2

Blok Permainan "Mangsa dan Pemangsa"
(Siratan makanan)





Blok Permainan "Mangsa dan Pemangsa"

Pengenalan:
-Blok permainan ini dihasilkan untuk menunjukkan siratan makanan di empat kawasan berbeza iaitu gurun, kutub, kolam dan juga ladang kelapa sawit.
-Blok ini merupakan satu blok permainan yang membolehkan orang ramai khususnya murid-murid membina siratan makanan dengan melekatkan kepingan-kepingan gambar pada dinding blok untuk 4 kawasan yang telah disediakan.
-Melalui siratan makanan yang dibentuk, orang ramai diberi kesedaran melalui penerangan sekiranya salah satu hidupan di kawasan yang telah dipilih ditanggalkan pada blok sebagai maksud kepupusan atau kematian spesies.


Kegunaan:
-Digunakan sebagai bahan bantu mengajar kepada guru untuk membantu murid-murid memahami da membina siratan makanan dengan seronok.
-Digunakan sebagai satu medium untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya murid-murid bagi menjaga dan menyayangi ekosistem.
-Digunakan untuk menunjukkan peranan hidupan di sesuatu kawasan sebagai pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder atau pengguna tertier (pengguna kemuncak).

Kelebihan:
1. Mempunyai tahap kestabilan yang tinggi semasa dipaparkan.
2. Dilengkapi dengan gambar yang menarik yang menunjukkan empat kawasan yang berbeza dengan hanya menggunakan dua blok.
3. Kepingan-kepingan gambar hidupan untuk membentuk siratan makanan senang ditampal dan ditanggalkan daripada dinding  blok. 
4.Turut dilengkapi dengan susunan anak panah pada gambar kawasan untuk membantu orang ramai atau murid-murid bagi membentuk siratan makanan dengan mudah.
5.Kepingan-kepingan gambar disertakan dengan nama hidupan untuk membantu orang ramai tau murid-murid mengenali hidupan semasa membentu siratan makanan.




Bestkan permainan  "Mangsa dan Pemangsa" ini!!!
Jom cuba !






No comments:

Post a Comment