Showing posts with label Hasil produk. Show all posts
Showing posts with label Hasil produk. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Sekarang hasil produk ketiga kami! \(O_O)/



Produk 3

Poster
Isu Tenaga dalam Biosfera

Poster

Pengenalan:

-Poster memuatkan pelbagai info yang berkaitan dengan isu Tenaga dalam Biosfera bagi memenuhi objektif penghasilan produk iaitu memberi kefahaman tentang tenaga dalam biosfera dan juga memberi kesedaran tentang kepentingan memelihara ekosistem.


Kegunaan:

-Sebagai panduan rumusan semasa memberi penerangan berkaitan Tenaga dalam Biosfera iaitu meliputi apa itu biosfera?, bagaimana tenaga dialirkan dalam siratan makanan?, contoh rantai makanan dan siratan makanan serta info berkaitan haiwan perosak ekosistem.
-Memberi kefahaman keseluruhan kepada pembaca berkaitan isu Tenaga dalam Biosfera.


Kelebihan:

1. Mempunyai info menarik berkaitan Ikan Buaya ( Alligator Garr).
2. Padat dengan maklumat berkaitan  isu Tenaga dalam Biosfera.
3. Warna yang menarik - mampu menarik orang ramai untuk membaca.



Fuhhh! penat bercerita pasal hasil produk kami :)
Semoga semua mendapat manfaat!


Ini pula hasil produk kedua kami \(*___*)/

Produk 2

Blok Permainan "Mangsa dan Pemangsa"
(Siratan makanan)





Blok Permainan "Mangsa dan Pemangsa"

Pengenalan:
-Blok permainan ini dihasilkan untuk menunjukkan siratan makanan di empat kawasan berbeza iaitu gurun, kutub, kolam dan juga ladang kelapa sawit.
-Blok ini merupakan satu blok permainan yang membolehkan orang ramai khususnya murid-murid membina siratan makanan dengan melekatkan kepingan-kepingan gambar pada dinding blok untuk 4 kawasan yang telah disediakan.
-Melalui siratan makanan yang dibentuk, orang ramai diberi kesedaran melalui penerangan sekiranya salah satu hidupan di kawasan yang telah dipilih ditanggalkan pada blok sebagai maksud kepupusan atau kematian spesies.


Kegunaan:
-Digunakan sebagai bahan bantu mengajar kepada guru untuk membantu murid-murid memahami da membina siratan makanan dengan seronok.
-Digunakan sebagai satu medium untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya murid-murid bagi menjaga dan menyayangi ekosistem.
-Digunakan untuk menunjukkan peranan hidupan di sesuatu kawasan sebagai pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder atau pengguna tertier (pengguna kemuncak).

Kelebihan:
1. Mempunyai tahap kestabilan yang tinggi semasa dipaparkan.
2. Dilengkapi dengan gambar yang menarik yang menunjukkan empat kawasan yang berbeza dengan hanya menggunakan dua blok.
3. Kepingan-kepingan gambar hidupan untuk membentuk siratan makanan senang ditampal dan ditanggalkan daripada dinding  blok. 
4.Turut dilengkapi dengan susunan anak panah pada gambar kawasan untuk membantu orang ramai atau murid-murid bagi membentuk siratan makanan dengan mudah.
5.Kepingan-kepingan gambar disertakan dengan nama hidupan untuk membantu orang ramai tau murid-murid mengenali hidupan semasa membentu siratan makanan.




Bestkan permainan  "Mangsa dan Pemangsa" ini!!!
Jom cuba !






Inilah hasil produk pertama kami! \ ( ^__^) /

Setelah bertungkus-lumus menyiapkan kesemua produk untuk isu Tenaga dalam Biosfera...Sekarang inilah hasilnya! Taraaaaa!








Produk 1
Piramid Aliran Tenaga

  
Piramid Aliran Tenaga



Kegunaan:
-Digunakan untuk menunjukkan perbezaan tenaga pada setiap aras trof piramid.
-Digunakan untuk menerangkan pengurangan tenaga dalam rantai makanan atau siratan makanan melalui peningkatan aras trof piramid.


Kelebihan:
1. Mempunyai warna yang menarik
2.Penerangan yang jelas tentang fakta pengurangan tenaga pada setiap trof
3. Anak panah menunjukkan aliran tenaga semakin berkurang dari pengeluar sehingga pengguna kemuncak.
4. Struktur bentuk piramid yang stabil 
5. Ringan untuk dibawa