Showing posts with label aliran tenaga. Show all posts
Showing posts with label aliran tenaga. Show all posts

Monday, September 3, 2012

aliran tenaga



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum semua.
 
Aliran tenaga yang berlaku dalam siratan makanan tasik boleh dijelaskan seperti berikut:

 i) Tenaga (haba) dari matahari diterima oleh tumbuhan hijau (keladi, teratai, lumut, alga). Tenaga kimia terhasil melalui proses fotosintesis yang dijalankan apabila tumbuhan menghasilkan glukosa iaitu makanannya. Matahari bertindak sebagai pembekal utama tenaga asas.

ii) Tenaga kimia yang disimpan dalam bentuk glukosa tadi seterusnya akan dipindahkan pula kepada hidupan zooplankton apabila hidupan tersebut memakan tumbuhan berkenaan. Pada aras trof ini, zooplankton (pelbagai hidupan seni) berperanan sebagai pengguna primer.

iii) Tenaga kimia dalam zooplankton (pengguna primer) ini pula berpindah kepada pengguna sekunder (ikan-ikan kecil dan cacing) apabila haiwan berkenaan memakan zooplankton tadi. Tenaga kimia yang dipindahkan ini digunakan untuk tumbesaran, bergerakan dan membiak.

iv) Seterusnya tenaga kimia yang disimpan di dalam pengguna sekunder pula akan dipindahkan / berpindah ke pengguna tertier (ikan-ikan yang lebih besar) apabila ikan-ikan ini memakan ikan-ikan kecil dan cacing/ ulat. Dalam konteks ini, sekali lagi tenaga kimia yang dipindahkan itu berfungsi untuk tumbesaran, bergerak dan membiak.

v) Akhirnya, tenaga kimia yang terdapat di dalam pengguna tertier akan berpindah / dialirkan kepada pengurai yang terdiri daripada bakteria, fungi dan protozoa apabila ianya menguraikan segala pengguna yang telah mati dan reput daripada tumbuhan dan haiwan yang terdiri daripada pengguna primer, sekunder dan tertier. Bahan organik yang reput ini akan menambahkan nutrien dalam tasik tersebut. Nutrien-nutrien tadi akan digunakan kembali oleh tumbuhan autotrof untuk tumbesaran. 

Kesimpulan - aliran dan perpindahan tenaga dari satu tingkat pengguna ke tingkat pengguna yang seterusnya hanya akan berlaku apabila berlakunya proses makan dan memakan serta penguraian dan pereputan oleh organisma pengurai.

Thursday, August 23, 2012

Ekosistem Tasik



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum semua.
Hari ini saya nak intro sikit berkaitan dengan ekosistem di Tasik. Saya memilih ekosistem ini kerana ianya dekat dengan kita (yela kita kan duduk dekat dengan Tasik Permaisuri)
dan juga termasuk dalam sukatan pelajaran Tahun 5 :)


Ekosistem tasik merupakan sebahagian daripada ekosistem air (ekosistem akuatik) yang tidak berarus yang turut dipanggil sebagai ekosistem Lentus. 

Ekosistem tasik mempunyai unsur atau komponen biotik (hidupan) dan abiotik (bukan hidupan) yang unik dan tersendiri.

Oleh kerana sebab air tasik adalah tenang dan tidak ada arus, maka hidupannya juga adalah agak berbeza dengan ekosistem akuatik yang berarus seperti sungai.

 Komponen abiotik (bukan hidupan) dalam sesebuah ekosistem tasik termasuklah cahaya matahari, air, udara, pelbagai jenis garam galian, dll.

Komponen biotik (hidupan) dalam sesebuah ekosistem tasik pula adalah seperti pokok keladi, teratai, lembayung , zooplankton, kumbang air, jentik-jentik, berudu, katak, pelbagai serangga dsb.

Ok nantikan post akan datang yang akan membincangkan tentang aliran tenaga dalam ekosistem tasik :)