In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.
***
Assalamualaikum semua.
Aliran tenaga yang berlaku dalam siratan makanan tasik boleh dijelaskan seperti berikut:
i) Tenaga (haba) dari matahari diterima oleh tumbuhan hijau (keladi,
teratai, lumut, alga). Tenaga kimia terhasil melalui proses fotosintesis
yang dijalankan apabila tumbuhan menghasilkan glukosa iaitu makanannya. Matahari bertindak sebagai pembekal utama tenaga asas.
ii) Tenaga kimia yang disimpan dalam bentuk glukosa tadi seterusnya
akan dipindahkan pula kepada hidupan zooplankton apabila hidupan
tersebut memakan tumbuhan berkenaan. Pada aras trof ini, zooplankton
(pelbagai hidupan seni) berperanan sebagai pengguna primer.
iii) Tenaga kimia dalam zooplankton (pengguna primer) ini pula berpindah
kepada pengguna sekunder (ikan-ikan kecil dan cacing) apabila haiwan
berkenaan memakan zooplankton tadi. Tenaga kimia yang dipindahkan ini
digunakan untuk tumbesaran, bergerakan dan membiak.
iv) Seterusnya tenaga kimia yang disimpan di dalam pengguna sekunder
pula akan dipindahkan / berpindah ke pengguna tertier (ikan-ikan yang
lebih besar) apabila ikan-ikan ini memakan ikan-ikan kecil dan cacing/
ulat. Dalam konteks ini, sekali lagi tenaga kimia yang dipindahkan itu
berfungsi untuk tumbesaran, bergerak dan membiak.
v) Akhirnya, tenaga kimia yang terdapat di dalam pengguna tertier akan
berpindah / dialirkan kepada pengurai yang terdiri daripada bakteria,
fungi dan protozoa apabila ianya menguraikan segala pengguna yang telah
mati dan reput daripada tumbuhan dan haiwan yang terdiri daripada
pengguna primer, sekunder dan tertier. Bahan organik yang reput ini akan
menambahkan nutrien dalam tasik tersebut. Nutrien-nutrien tadi akan
digunakan kembali oleh tumbuhan autotrof untuk tumbesaran.
Kesimpulan - aliran dan perpindahan tenaga dari satu tingkat pengguna ke
tingkat pengguna yang seterusnya hanya akan berlaku apabila berlakunya
proses makan dan memakan serta penguraian dan pereputan oleh organisma
pengurai.