Wednesday, August 1, 2012

Sagmen Tahukah Anda

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum.

Tahukah anda yang wujudnya sejenis ikan yang menyerupai buaya??

Jeng jeng jeng.

Mari saya perkenalkan Alligator Garr (Atractosteus spatula) atau lebih dikenali dengan nama manjanya Ikan Buaya.


Ikan Buaya ini berasal dari kawasan perairan air tawar di Amerika Utara terutamanya di Gulf Coast, Lower Mississippi River Valley dan Mexico.

Apa yang menarik berkaitan ikan ini ialah ia merupakan salah satu spesis ikan dari zaman prasejarah!

Ikan buaya mempunyai ciri unik dimana ia mempunyai mulut yang menyerupai mulut buaya. 

Ikan buaya ni merupakan omnivor yang makan apa sahaja tetapi cara pemakanan ikan buaya ni lebih cenderung kepada buaya sebab ia akan memakan apa saja yang mengandung daging. 
Satu lagi keistimewaan ikan buaya ini ialah ia boleh hidup selama lebih kurang 2 jam di darat! Hebat kan.

Ok, sekarang ni apa significant nya ikan buaya ni dengan topik kita??

Well, kalau anda semua nak tahu, ikan buaya ni adalah sejenis ikan predator dan sekarang ni dah banyak wujud di kolam dan sungai sekitar Malaysia dan Indonesia.

Kebanyakan ikan-ikan ni sebenarnya dibela tapi disebabkan beberapa faktor seperti tak cukup ruang membela (sebab ikan ni besar sangat) dan tak larat bagi makan (yela, ikan besar mesti makan banyak kan)

Tengok betapa besarnya ikan ni!


Ikan predator ni akan mengganggu ekosistem kolam atau sungai di negara kita. Sebab ikan ni akan makan semua ikan dalam sungai, tak kira la ikan kecik atau besar.

 So, pengaliran tenaga akan terganggu! 

Dan ini akan mengakibatkan ekosistem sesuatu tempat terganggu dan mengakibatkan kepupusan spesis dan seterusnya habitat.

No comments:

Post a Comment