Salam Ramadhan semua!
Pada 10 Julai 2012, geng
tugasan saya, saya, cik Sarah dan Cik Ain telah berbincang secara sembunyi dan
tertutup..(Chewaahhh!) di B-01-17 (bilik saya!) berkaitan dengan isu – isu
tenaga dalam biosfera. Seperti yang cik Ain perkatakan di post atas ni,
terdapat beberapa isu berkaitan denagan tenaga dalam biosfera. Setelah
mempunyai pemilihan, tajuk/ isu ALIRAN TENAGA DALAM SIRATAN MAKAN berjaya
mendapat undian paling banyak (padahal 3 orang je)..hahaha.. baiklah rakan
semua, anda semua tahukah selok belok tentang aliran tenaga dalam siratan
makanan?
Apa itu Siratan Makanan?
Haa.. sebenarnya dalam kehidupan
sebenar hidupan tidak makan atau dimakan oleh sejenis hidupan sahaja. Beberapa
rantai makanan akan bergabung untuk membentuk hubungan makanan yang dikenali
sebagai siratan makanan.
Contoh
siratan makanan?
Habitat :
Sawah padi
Setelah dikira – kira kan, terdapat 6
rantai makanan dalakan siratan makanan di atas.
1. Pokok padi -->
burung pipit --> ular --> helang
2. Pokok padi -->
tikus ® ular --> helang
3. Pokok padi -->
belalang --> burung pipit --> ular --> helang
4. Pokok padi -->
tikus --> helang
5. Pokok padi -->
tikus --> ular --> helang
6. Pokok padi -->
belalang --> ayam --> ular --> helang
Apakah
Kepentingan Siratan Makanan?
1. Memastikan
kemandirian spesies-jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja
dan sekiranya makanan itu telah
2. Hidupan boleh
memperolehi makanan daripada pelbagai sumber
3. Memastikan kemandrian
spesis
Apakah yang akan Berlaku Sekiranya Sesuatu
Organisma Terhapus?
Haa.. kalo salah satu organisma tiada,
contohnya kalau tumbuhan mungkin terhapus sebab diracun ka, maka aliran tenaga
dalam biosfera tidak dapat dialirkan ke organisma lain. Hal ini kerana
organisma kedua mengalami ketiadaan makanan dan seterusnya mengurang bilangan
organisma tersebut. Pastu kan, organisma ketiga dan seterusnya juga akan
menjadi berkurang sebab da tiada makanan.. kecian..
Akibat penghapusan : Pembalakan tidak terkawal, pemburuan, keracunan.
Aliran Tenaga dalam Siratan Makanan
Baiklah, mesti kalian tertanya
– tanya apa kena mengena siratan makanan dan tenaga dalam biosfera kan?
Sebenarnya, seperti yang diperkenal Cik Ain sebelum ini, biosfera ialah persekitaran
yang dibina oleh segala biotik ( tumbuhan, haiwan, manusia) melibatkan
proses-proses hidup tertentu (Qisarain, 2012). Yang ‘proses – proses’ itulah
salah satunya siratan makanan di mana berlaku pengaliran tenanga dari Matahari
yang di atas sana tu dengan organisma di Bumi. Jelas? Meh, tengok jadual bawah
ni nak bagi ‘clear melear’ lagi.
No comments:
Post a Comment