Thursday, September 27, 2012

Mari Lihat Video!

Salam semua!


haa.. meh lah santai - santai tengok video ni.. tapi OMPUTIH punya lahh.. tapi awak - awak semua hebatkan? so enjoyyy...!








Wednesday, September 26, 2012

Bagaimana nak tambah baik lagi projek mini kami??



Setelah selesai pameran dilaksanakan, kami menyedari terdapat beberapa kelemahan yang perlu kami bagi untuk menambah baik lagi projek yang telah kami jalankan.

Jom buat refleksi!!!

Jadual 1: Kelemahan dan cadangan penambahbaikan projek mini

Kelemahan
Cadangan penambahbaikan
 1. Penerangan tentang konsep tenaga
- Menggunakan teknik analogi untuk memberi penerangan mengenai pengurangan tenaga dalam siratan makanan.

2. Pemahaman tentang  konsep pengurangan atau pertambahan hidupan dalam siratan makanan

- Menyediakan kepingan gambar yang lebih banyak bagi menunjukkan jumlah atau bilangan hidupan
3.Maklum balas yang disediakan oleh kami terlalu sedikit

-Menganalisis maklum balas pengunjung berdasarkan tema

Tuesday, September 25, 2012

Analisis Maklum balas



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum semua.
Dah habis pun projek mini kita semua, dan pameran yang kita buat Khamis lepas memang super awesome  kan!
So di sini saya nak kongsikan maklum balas yang kumpulan kami dapat semasa pameran tempoh hari.

Hurm, kalau tulis panjang-panjang nanti serabut pulak kan. 
Maka saya dah lampirkan analisis kumpulan kami di bawah ni :)


Analisis Maklum Balas Pameran Tenaga Dalam Biosfera

 

Monday, September 24, 2012

Sekarang hasil produk ketiga kami! \(O_O)/



Produk 3

Poster
Isu Tenaga dalam Biosfera

Poster

Pengenalan:

-Poster memuatkan pelbagai info yang berkaitan dengan isu Tenaga dalam Biosfera bagi memenuhi objektif penghasilan produk iaitu memberi kefahaman tentang tenaga dalam biosfera dan juga memberi kesedaran tentang kepentingan memelihara ekosistem.


Kegunaan:

-Sebagai panduan rumusan semasa memberi penerangan berkaitan Tenaga dalam Biosfera iaitu meliputi apa itu biosfera?, bagaimana tenaga dialirkan dalam siratan makanan?, contoh rantai makanan dan siratan makanan serta info berkaitan haiwan perosak ekosistem.
-Memberi kefahaman keseluruhan kepada pembaca berkaitan isu Tenaga dalam Biosfera.


Kelebihan:

1. Mempunyai info menarik berkaitan Ikan Buaya ( Alligator Garr).
2. Padat dengan maklumat berkaitan  isu Tenaga dalam Biosfera.
3. Warna yang menarik - mampu menarik orang ramai untuk membaca.



Fuhhh! penat bercerita pasal hasil produk kami :)
Semoga semua mendapat manfaat!


Ini pula hasil produk kedua kami \(*___*)/

Produk 2

Blok Permainan "Mangsa dan Pemangsa"
(Siratan makanan)





Blok Permainan "Mangsa dan Pemangsa"

Pengenalan:
-Blok permainan ini dihasilkan untuk menunjukkan siratan makanan di empat kawasan berbeza iaitu gurun, kutub, kolam dan juga ladang kelapa sawit.
-Blok ini merupakan satu blok permainan yang membolehkan orang ramai khususnya murid-murid membina siratan makanan dengan melekatkan kepingan-kepingan gambar pada dinding blok untuk 4 kawasan yang telah disediakan.
-Melalui siratan makanan yang dibentuk, orang ramai diberi kesedaran melalui penerangan sekiranya salah satu hidupan di kawasan yang telah dipilih ditanggalkan pada blok sebagai maksud kepupusan atau kematian spesies.


Kegunaan:
-Digunakan sebagai bahan bantu mengajar kepada guru untuk membantu murid-murid memahami da membina siratan makanan dengan seronok.
-Digunakan sebagai satu medium untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya murid-murid bagi menjaga dan menyayangi ekosistem.
-Digunakan untuk menunjukkan peranan hidupan di sesuatu kawasan sebagai pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder atau pengguna tertier (pengguna kemuncak).

Kelebihan:
1. Mempunyai tahap kestabilan yang tinggi semasa dipaparkan.
2. Dilengkapi dengan gambar yang menarik yang menunjukkan empat kawasan yang berbeza dengan hanya menggunakan dua blok.
3. Kepingan-kepingan gambar hidupan untuk membentuk siratan makanan senang ditampal dan ditanggalkan daripada dinding  blok. 
4.Turut dilengkapi dengan susunan anak panah pada gambar kawasan untuk membantu orang ramai atau murid-murid bagi membentuk siratan makanan dengan mudah.
5.Kepingan-kepingan gambar disertakan dengan nama hidupan untuk membantu orang ramai tau murid-murid mengenali hidupan semasa membentu siratan makanan.




Bestkan permainan  "Mangsa dan Pemangsa" ini!!!
Jom cuba !






Inilah hasil produk pertama kami! \ ( ^__^) /

Setelah bertungkus-lumus menyiapkan kesemua produk untuk isu Tenaga dalam Biosfera...Sekarang inilah hasilnya! Taraaaaa!








Produk 1
Piramid Aliran Tenaga

  
Piramid Aliran Tenaga



Kegunaan:
-Digunakan untuk menunjukkan perbezaan tenaga pada setiap aras trof piramid.
-Digunakan untuk menerangkan pengurangan tenaga dalam rantai makanan atau siratan makanan melalui peningkatan aras trof piramid.


Kelebihan:
1. Mempunyai warna yang menarik
2.Penerangan yang jelas tentang fakta pengurangan tenaga pada setiap trof
3. Anak panah menunjukkan aliran tenaga semakin berkurang dari pengeluar sehingga pengguna kemuncak.
4. Struktur bentuk piramid yang stabil 
5. Ringan untuk dibawa 








Saturday, September 22, 2012

PERBENTANGAN PROJEK MINI

Salam semua! 

Jumaat (21 September 2012)
Depan jabatan Sains tercinta..
kul 7.45am - 12.30pm


dub dap dup dap.. haaa ni lah masa yang dinanti - nanti seluruh rakyat Malaysia.. hihi.. well, pada hari ini kami mempamerkan segala produk yang telah kami hasilkan. preparation bermula seawal 7.45.. saya, cik Aain an Cik Sarah telah bangun pada pukul 5.00am gara2 nak wat pameran (tipuuu jee.. hihi).. well, seawal 7.45am kami telah bergerak ke hadapan jabatan Sains untuk mencari tapak pameran kami dan membuat persiapan dari segi tempat, kerusi, meja, susun atur produk dan pengantungan poster.

here we are! betui2 dengan pintu jabatan..hihi..

Cik Ain menyusun penuh ketekunan.. ;-)

Cik Sarah 'touch up' dengan penuh semangat!

 haaa.. itulah kedudukan kami dan gelagat - gelagat persiapan kami.. semangat bukan?? kira - kira pada pukul 8.15am, kami menerima pengunjung pertama.. Cik Wieda.. dan diikuti beberapa pengunjung dari kumpulan lain serta kunjungan dari pensyarah - pensyarah yang melalui kawasan pameran. Kami bergilir - gilir membuat penerangan berkaitan dengan aliran tenaga dalam biosfera dan kesedaran berkaitan dengan kepentingan menjaga ekosistem.

pelanggan pertama.. hehe,, jual!

Adek2.. ;-)

semangat kan saya??

Bersama semester 8 Math..

Pensyarah yang mengunjungi.. ;-) TQ

Tidak segan untuk 'try2'.. hehe

lagii En Tumon!

sejenak..

Mcm ni maennyaaa.. faham?? hehe

haaa meh try pula... gud2..

Cik Murni! wat gapo tuuu??

haaa.. begitulah gelagat2 kami dan mereka.. selepas itu kami menyediakan 'brochure' dan borang maklum balas untuk mereka memberikan maklum balas berkaitan dengan pameran kami.. haaa bukan maen2 saje.. kene wat borang maklum balas.. hihi.. 

 Alhamdulillah semua pengunjung memberikan respon yang positif. Secara keseluruhannya mereka memahami aliran tenaga dalam biosfera dan dapat memberikan kesedaran kepada mereka berkaitan dengan kepentingan menjaga ekosistem.. Kira - kira pada pukul 12.45pm, kami menutup pameran dan berkemas untuk pulang... yiippppiiiii!

Legaaaa..





 -------------------SEKIAN, LEGA DI HATI---------------------