Friday, July 27, 2012

Isu Kami Pilih!




Salam Ramadhan semua! 

Pada 10 Julai 2012, geng tugasan saya, saya, cik Sarah dan Cik Ain telah berbincang secara sembunyi dan tertutup..(Chewaahhh!) di B-01-17 (bilik saya!) berkaitan dengan isu – isu tenaga dalam biosfera. Seperti yang cik Ain perkatakan di post atas ni, terdapat beberapa isu berkaitan denagan tenaga dalam biosfera. Setelah mempunyai pemilihan, tajuk/ isu ALIRAN TENAGA DALAM SIRATAN MAKAN berjaya mendapat undian paling banyak (padahal 3 orang je)..hahaha.. baiklah rakan semua, anda semua tahukah selok belok tentang aliran tenaga dalam siratan makanan?


Apa itu Siratan Makanan?

Haa.. sebenarnya dalam kehidupan sebenar hidupan tidak makan atau dimakan oleh sejenis hidupan sahaja. Beberapa rantai makanan akan bergabung untuk membentuk hubungan makanan yang dikenali sebagai siratan makanan.

Contoh siratan makanan?
Habitat : Sawah padi


Setelah dikira – kira kan, terdapat 6 rantai makanan dalakan siratan makanan di atas.

1.    Pokok padi --> burung pipit --> ular --> helang
2.    Pokok padi --> tikus ® ular --> helang
3.    Pokok padi --> belalang --> burung pipit --> ular --> helang
4.    Pokok padi --> tikus --> helang
5.    Pokok padi --> tikus --> ular --> helang
6.    Pokok padi --> belalang --> ayam --> ular --> helang


Apakah Kepentingan Siratan Makanan?

1.    Memastikan kemandirian spesies-jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah
2.    Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber
3.    Memastikan kemandrian spesis


Apakah yang akan Berlaku Sekiranya Sesuatu Organisma Terhapus?

Haa.. kalo salah satu organisma tiada, contohnya kalau tumbuhan mungkin terhapus sebab diracun ka, maka aliran tenaga dalam biosfera tidak dapat dialirkan ke organisma lain. Hal ini kerana organisma kedua mengalami ketiadaan makanan dan seterusnya mengurang bilangan organisma tersebut. Pastu kan, organisma ketiga dan seterusnya juga akan menjadi berkurang sebab da tiada makanan.. kecian..

Akibat penghapusan : Pembalakan tidak terkawal, pemburuan, keracunan. 


Aliran Tenaga dalam Siratan Makanan
Baiklah, mesti kalian tertanya – tanya apa kena mengena siratan makanan dan tenaga dalam biosfera kan? Sebenarnya, seperti yang diperkenal Cik Ain sebelum ini, biosfera ialah persekitaran yang dibina oleh segala biotik ( tumbuhan, haiwan, manusia) melibatkan proses-proses hidup tertentu (Qisarain, 2012). Yang ‘proses – proses’ itulah salah satunya siratan makanan di mana berlaku pengaliran tenanga dari Matahari yang di atas sana tu dengan organisma di Bumi. Jelas? Meh, tengok jadual bawah ni nak bagi ‘clear melear’ lagi. 


Tuesday, July 24, 2012

Ayuh Berkenalan dengan "Dia" !

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

:)
Senyum.
Internship sudah selesai. Sekarang sudah Ramadhan. Senyum lagi.
Sebulan lagi Raya.Yeayyyy!
Sudah.sudahla membebel... -_____- (maaf pembaca tersayang)
Sekarang kena jadi lebih serius.  Grrrr.
Sebab haritu kami ada janji nak bincangkan secara serius tentang 'dia' kan ?

Tenaga dalam Biosfera, Masih ingat?
Jom berkenal-kenalan dulu tentang 'dia'.
Tak kenal maka tak cinta, dah kenal mesti jatuh cinta kat 'dia'. hehe (^___^)V

Apa itu BIOSFERA ?
~Ialah lapisan Bumi yang dibina oleh segala benda hidup yang juga disebut sebagai 'biotik'
~Adalah permukaan Bumi & bahagian atmosfera yang paling bawah di mana organisma hidup (Simmons, 1982)
~Ialah persekitaran organisma hidup, dibina oleh interaksi atmossfera-lautan, Bumi dan persekitaran permukaan Bumi. ( Bradshaw & Weaver, 1992).

Ohh, banyak maksudnya rupanya. Senang cerita, kami ringkaskan lah ya. :

BIOSFERA 
ialah persekitaran yang dibina oleh segala biotik ( tumbuhan, haiwan, manusia) melibatkan proses-proses hidup tertentu.
(Qisarain, 2012)

Eh!Eh! Apa pula kaitan TENAGA dalam biosfera???! 
SABARlah... Nah, baca lagi.

.......Antara proses-proses umum yang terdapat dalam biosfera ialah perpeluhan, penguraianadaptasipersaingankelahirankematiantranspirasipengangkutan.... Jadi, setiap proses yang berlaku akan melibatkan pemindahan tenaga. Untuk lebih jelas tentang pemindahan tenaga, cuba kita lihat kitaran makanan/rantaian makanan, kitaran tenaga, kitaran nutrien dan banyak lagi.......


Nak tahu lebih lagiii? Tunggu!!!

Eh, jap! Nak kongsi lagila...

Antara ISU-ISU berkaitan biosfera :

Kepupusan spesies
Kepupusan habitat
Pola kepelbagaian habitat
Taburan tumbuhan mengikut iklim
Taksonomi tumbuhan
Kepelbagaian spesies di satu-satu ruang
Manusia sebagai pengganggu ekosistem
Adaptasi tumbuhan dan haiwan.
..........................


Wassalam :)













Wednesday, July 11, 2012

Entry Pembukaan





In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Maka dengan ini, saya merasmikan blog kumpulan kami.

So, before kita menjadi lebih serius dalam membincangkan isu dan topik-topik hangat berkaitan Tenaga dalam Biosfera, elok lah kita warm up dan berkenal-kenalan dulu dengan empunya blog ni ye tak :)

*drum roll please!*

As per url atas tu (qisarain.blogspot) maka org 1st kita introduced tentu sekali lah Cikgu Sakinah atau lebih dikenali dengan nama feymes dia Qiqi  :)



Haihh, penat den belek FB dia nak cari gambo, ni aje yang jumpa. Nak upload gambar e-day kang dia marah. Hihi :)

Next ialah saya sendiri :)



Cikgu Sarah dengan anak murid yang nangis :)

Okey lastly kita terjah FB Cikgu Ain pulak untuk ambik gambar dia. Hihi.

Rasanya ini aje dulu buat masa ni. Nantikan post-post kami pada masa akan datang yang akan mengisarkan tentang Tenaga dalam Biosfera.

Anda tahu apa itu  Tenaga dalam Biosfera?

Haa, itu yang akan kami ulas dan ceritakan dalam entry yang seterusnya.

Jumpa nanti :) :)